Assalamualaikum! Hi Blog! Sekian lama tak menaip, rasa macam nak kongsi my pregnancy journey. YES, I'M PREGNANT! Alhamdulillah...
So recap everything, after a year of engagement, i got married with the love of my life on 16th September 2016. Sejak kahwin, setiap bulan datang period, mesti sedih. Siap pernah false alarm period saja muncul seminggu lewat. And when we were most unexpected, i found out i was pregnant when i was about 5 days late.
A day before i tried a home pregnancy test, we were celebrating mother's day with ibu (my mother-in-law) on 14th May 2017 since that my mama is at Terengganu at the time. Ibu berdoa agar diberikan rezeki cucu (anak for us) dan ajak saya potong cake bersama ibu, as a 'mother-to-be'.
15th May 2017. Tergerak hati nak cuba juga check pregnant atau tidak. Lagipun murah je benda ni beli dekat guardian, below RM10.00 pun banyak. So these are the first two tests! Try masa baru bangun pagi sebab orang cakap the first urine in the morning yang paling bagus untuk test. Nampak line samar2. Iqbal and i macam blur2, nak excited ke tak. Samar2 ni ada ke tidak? Terus tanya kawan, saudara, kaklong. Semua cakap ada! Terus google macam2.
Sumber: Google. Pun mention yang kalau line samar dikira "Positive Test Results". A friend suggest cuba beli yang digital. Ada yang suruh tunggu lagi tiga hari, tengok line makin pekat atau tidak. Tapi, you know lah me, tak sabar2 terus beli yang digital. Aaaaand so i did, a bit more pricey. But worth it!
Terjawab semua persoalan sebab terang2 tulis "Pregnant"!! Cuba yang clearblue digital test ni masa after lunch di office. Iqbal pergi belikan dan i terus test on the very same day.
Above is the instruction for clearblue. Click to enlarge.
Sumber: Google. Ada juga dekat instruction atas, tapi ni senang sikit nampak. Mine was "Pregnant 1-1" meaning i'm 3-4 weeks pregnant. Baru sangat lagi. Last date of first day period pun masa 14th April 2017. Doctor akan tanya tarikh ni sebab nak calculate expected due date.
After a few days, kami pergi klinik biasa untuk confirm pregnancy. Doctor bagi folic acid, kena makan every day. Doctor cakap awal lagi untuk scan, kena tunggu lagi 3 minggu macam tu. Kalau nak scan situ kena buat appointment, tapi nak scan dekat tempat lain also can. I pergi Klinik An-Nisa Sec 7, dekat dengan rumah. Macam family doctor dah Dr Dzulkarnain tu.
3 minggu sangat lama nak tunggu, 19th May 2017, i did another home test. (nampak tak masih tak percaya lol). Kali ni line memang lagi terang.
5th June 2017. I did my first checkup. First scan.
15/5/2017 - 3-4 weeks
5/6/2017 - 6 weeks 5 days
So the clearblue digital test was legit true af! 3 weeks after my home test i did my first scan, came out as around 6 weeks 5 days. Was very small, 0.77cm only. Masa ni bulan puasa, biasanya first scan ni orang akan tahan kencing, jadi senang sikit nampak. Tapi saya, pundi kencing kosong. Susah sikit nak nampak. Seronok tengok, even belum ada bentuk. Excited to see that its really there! I was planning to do all checkup and to deliver at Umra Hospital. So close to home and office. My due date is 21st January 2018.
Saya tanya doctor masa tu, perlu ke buka buku merah. You know, the very well-known buku merah yang macam passport untuk ibu mengadung tu. Buka merah akan dapat bila checkup dekat government hospital. Doctor recommend untuk buka buku merah, it's good to have record at both government and private. Tapi kena tunggu next scan, sebab first scan ni masih kecil.
Disebabkan saya dah mula muntah2, doctor bagi veloxin. Memang sangat memerlukan benda ni.
19th June 2017. Second check up. Masa ni memang risau, sebab saya alahan teruk. Morning, day, afternoon, evening, night sickness! Dah lali dah dengan muntah2 ni. Nasib baik makan tak ada masalah. Berat turun 3 kg :( tapi nurse cakap normal turun berat badan masa first trimester. Baby dah 2.45cm masa ni. Alhamdulillah lega tengok membesar. Next appointment is in 3 weeks, which would be a detail scan. They can detect if there are any problem with the baby.
Sepatutnya lepas scan ni dah boleh pergi Klinik Kesihatan (government) a.k.a. KK Seksyen 7. Untuk penduduk seksyen 8, boleh datang hari selasa dan khamis pagi sahaja. Scan on monday, the next day patut dah boleh buat, tapi saya terlalu busy minggu tu sebab nak kejar siapkan tender sebelum cuti raya. Dah lah saya ambil cuti 5 hari, tak termasuk 2 hari public holiday office bagi. Seminggu balik raya di terengganu.
10th July 2017. Third check up. Nervous masa ni, sebab detail scan. Bila dapat scan, terkejut! Eh, dah ada kaki dan tangan. Lepas tu, baby gerak. Iqbal: EH! DIA GERAK! Doctor cakap memang dah boleh gerak. Alhamdulillah, cukup sifat, heartbeat normal. Hidung pun nampak tu, tinggi. Hidung mancung ni mesti ikut ayah dia ni. Saya hidung jambu hahahaha. And boleh nampak tapak kaki dia tu. Sekarang dah 5.51cm. So small so cute! Doctor bagi ubat baru, Obimin. Doctor suruh mula makan sekali sehari. No more folic acid. Bila mula makan obimin, folic acid tak payah makan dah sebab dalam obimin dah ada folic acid. Next checkup at umra is a month after, that is 14th August 2017.
11th July 2017. Finally saya sudah buka buku merah. Sampai klinik seawal 7.30 pagi, tapi dah ramai orang. Iqbal teman, tapi naik dua kereta sebab iqbal ada meeting. Memang agak lama menunggu, tapi nurse di KK memang sangat baik. Kalau di KK Sec 7 Shah Alam, pertama sekali,
1. Pergi ke kaunter Ibu dan Anak di sebelah kiri, dan beritahu nurse nak buka buku merah. Nurse akan tanya, dah scan di klinik atau belum. Sebab memang kena bawa scan. Nurse akan bagi kertas kecil untuk isi nama, no ic, alamat dan no tel. Pulangkan buku sekali dengan ic original, klipkan sekali.
2. Nurse akan panggil lepas dia dah selesai register (dah ada bar code sendiri), nurse timbang berat dan ukur tinggi. Terus disuruh ke bilik 12, tunggu turn untuk ambil darah. Letak buku merah tadi dekat luar bilik dan tunggu nama dipanggil.
3. Lepas check darah, nurse bagi sample darah dan cup untuk air kencing. Darah dan air kencing kena hantar ke makmal dan buku merah hantar ke kaunter ibu dan anak balik. Merata juga lah i cari makmal, 3 orang dah tanya, rupanya memang ada tulis clearly "MAKMAL" dekat tengah2. Sample darah letak dekat counter depan, (Jangan try buka pintu sebab kunci, i tried it and orang sekeliling pandang pelik hahaha tak perasan masa tu ada counter rupanya). Air kencing pula letak dekat counter lagi satu, dekat sebelah kanan makmal, ada kena masuk toilet kecil then ada opening tempat utk letak cup.
4. Lepas dah hantar buku merah, tunggu nama dipanggil. Masuk bilik dan jumpa nurse. Nurse akan minta details macam2 seperti tarikh nikah, tarikh last period, cycle berapa hari etc. Tapi tak ada minta pula kad nikah. Setiap nurse incharge akan ikut kawasan. Nurse saya memang jaga seksyen 8. Result darah dan air kencing dah ada masa tu. Semua normal alhamdulillah.
5. Jumpa doctor pula. Doctor akan tanya2 soalan juga. And i did ask several questions too. Doctoc scan again. Dia cakap "dah besar juga baby you". Expected due date (EDD) dekat KK lebih kurang macam dekat umra. Tengok scan tu, baby pandang sini yeeee? Hihi. Masa scan dekat KK pun baby gerak2. Active baby ni. Tapi saya masih belum boleh rasa di bergerak.
That is all for first time buka buku merah. Next check up is at 8th August 2017. Although nak deliver dekat lain, tapi kena check up juga di KK. Kalau ada complication/emergency, senang. Its for me and my baby own good kan. KK is okay, doctor, nurse baik. Tak ada pun masam2, marah2. Soalan semua pun dia jawab. Cuma menunggu lama. Prepare powerbank or buku. Next time memang i nak bawa buku.
I will update on my second trimester 3 months from now. Been so busy lately, nak blogging pun tak ada masa sobs.
p/s: Untuk nak tahu hari apa uolls boleh pergi Klinik Kesihatan untuk buka buku merah, boleh call +603-55186531 - Klinik Kesihatan Seksyen 7. Sebab ikut lokasi rumah, bukan setiap hari untuk seksyen rumah awak tau.
Arrivederci~