Friday, May 24, 2013

Updates


assalamualaikum. a very big picture as opening because i suka letak gambar besar, suka hati i lah. i'm back! and now i wanted to write about what had happened during all the time that i had been gone. there are too many things and of course lah i wouldn't write it all as i forgot already. i will do my best to recall anyway. so, these are some of the things that i remember and oh, the above pictures was taken by my sister for her assignment. it was taken by using her camera and edited by using camera360 application haha. if you noticed, i had changed my blog a bit. the header, there are pages now and my blog is not 'ohmylife' anymore! after almost five years of blogging, this is the first time that i had change the name of my blog. eh apa lima tahun serious lama juga i blogging. my god malu nak tengok post lama. oh back about the pages that i had told you, i dah buat one page of 'socialize with me' so that you can reach me on facebook, twitter or instagram. yay! i macam malas nak mengupdate sangat sekarang tak tahu kenapa tapi i cuba rajinkan diri. terfikir nak buat vlog weekly terus senang haha okay tak?



emotional time! bukan emotional but terharu time. sebab i nak cakap tentang persahabatan pula. terharu bila kawan-kawan tetap tolong untuk buat i gembira. wechat banyak berguna sebenarnya sebab disitu lah i luahkan perasaan dekat kawan-kawan i. best girlfriends, terutamanya wan mursyida binti wan sazali haha haaa sebut nama penuh kau. terharu tak syida? ececeh serious rindu kawan-kawan. tapi ramai yang jauh, syida dekat perlis sana haa. bestie lain ada yang dekat, erin, nanti ira nak kacau erin dekat tempat kerja erin. pictures atas itu bersama ain dan bersama eha. my friends also :* and the picture of me with primadonna bag itu masa i dengan ain and i bought one of her baju, pretty! have a look https://www.facebook.com/LipsAndWings haha ain tak apa kan i promote sekejap.


now we shall talk about my result for the final examination of my final semester as a diploma student. result dah lama dah keluar tapi sekarang baru nak update maaf. since that dari part 1 i memang printscreen result dan upload dalam blog, i do the same for the final semester for diploma ini. tak percaya buka ini http://erawr.blogspot.com/search/label/result haa sekali dengan result SPM ada tu. haha nothing to hide sebab i memang average sahaja dalam pendidikan. jadi ini lah result i, alhamdulillah target i untuk graduate diploma dengan CGPA lebih dari tiga tercapai walaupun hanya lebih 0.04 kan tapi bersyukur sangat dah. kecewa dengan subject project management hish kenapa susah sangat ira ni nak menghafal. tak suka membaca tak suka. rasa macam baru sahaja masuk UiTM tapi wow, i dah habis diploma. nak menangis rasa. degree, wait for me! tak sabar nak tunggu result untuk intake degree, doakan i dapat degree please.



sejak i balik rumah dari habis diploma, family i dah dua kali buat BBQ. beli set untuk BBQ sebab adik i aizad request, dia berminat nak cuba BBQ so papa mama pun dengar lah cakap anak mereka yang paling manja ini. gambar yang i berbaju merah buat peace itu masa baru lagi balik dari perak, BBQ bersama kawan-kawan adik i yang aiman dan keluarga i. gambar yang i berbaju merah, eh gosh dua dua baju sama i pakai haha. okay so yang next picture itu masa second time buat BBQ, that day was great. i edit gambar mama letak rambut afro. sorry mama, cover rambut mama sebenarnya. minggu ini papa mama plan nak buat lagi. yay! tapi tak nak pakai baju merah itu dah untuk kali ketiga ini.


ini masa mandi air terjun di sungai kanching, rawang.  https://plus.google.com/108973601400658148464/about?gl=my&hl=en buka link itu untuk tahu di mana dan banyak lagi information about the place. it was fun. pergi empat orang, with kaklong, abang syabil and him.  kalau you pergi, naik level yang atas sekali. i pernah pergi once with family tapi tak naik sampai atas sekali. jadi naik lah anda haha seriously worth it, air dalam boleh swim swim lagi best! dah lah cantik tempat dia dekat atas sekali itu. tapi nak naik ke atas sekali i macam gayat sikit sebab ada yang tak ada tangga kalau nak ke the very top. oh i jumpa the total of tiga serpihan kaca masa tengah duduk dalam air masa itu. siapa yang buang botol kaca tu, tak baik tau, jangan buat lagi. nasib baik i jumpa. kami pergi masa weekdays pagi pula memang tak ada orang sangat. beberapa orang tourist je pun ada sekejap. selepas balik i ada lebam di peha. sebab terjatuh masa nak pakai seluar dalam toilet bukan masa tengah mandi sungai haha dah gemuk agaknya nak pakai seluar susah.




ini pula saja nak upload gambar masa i tolong kawan i buat assignment dia tentang shawl i think. first time shoot bertudung! tak berapa reti nak pose bertudung tapi seronok serious. gambar i print screen sahaja dari mereka hihi. ada dua models lain yang cantik sangat! tengok dekat page mereka bertiga ada. gambar dari wana bee i ambil dari facebook dia, dia punya assignment lah ni. student degree in photography dari uitm. gambar dari 'effieizwan' dan 'uzairismail' i ambil dari instagram mereka. mereka adalah antara kawan wana yang ada sekali masa shoot that day. thank you for the pictures that you three had uploaded. :)




family mama punya kakak dan opah i pergi umrah. mereka berada di sana sekarang, hari isnin or selasa mereka balik malaysia. tiga gambar di atas masa papa, mama and i pergi jumpa mereka sebelum mereka naik flight. kaklong dan adik-adik i tak dapat ikut sebab masing-masing sekolah dan ada kelas hari itu. gambar i cium opah itu right before nak naik flight then dua gambar seterusnya itu masa tengah makan, kak ce dan adik anah, they're my cousins. i bertudung that day! sebab mereka kan pergi secara trip ramai-ramai macam tak elok pula i free hair bila dah duduk bersama mereka ramai-ramai kan. opah suka betul tengok i bertudung. rindu opah!


i tengah cuti kan, degree masuk bulan sembilan kalau dapat. nak kerja, papa mama tidak mengizinkan. macam-macam suggestion dah i bagi. oh well, baik duduk rumah tolong family lagi kan. mama suggest i ambil kursus menjahit or apa-apa hm i'll see about that. di rumah i selalu ditemani billy lah bila tak ada orang. billy dah lah kuat tidur, tidur pun berdengkur. comel betul si gemuk! umur billy dah lebih empat tahun dah, tua dah mamat ni. but i still love you billy, oh yes i do, yes i do *gomol gomol*. billy is more like a family now. setiap ahli keluarga i kalau balik rumah mesti cari billy. haha billy dah spoiled brat dah hish manja lebih but i love you.


haaa lain tak muka i. bila bosan di rumah dengan kakak i, ini lah biasanya kerja kami. kalau tak ber-experiment di dapur, kami main make-up make-up haha grow up ira. yang ini kakak i buat make-up cara korean buat bagi mata nampak besar gitu. fake ira fake. nasib baik kakak i dah final semester dan kelas tak banyak. cuma banyak kena jumpa lecturer dan selalu busy buat assignment di bilik dia. bilik kami berasingan sekarang tapi macam tak ada makna sebab at night i masuk tidur bilik dia. haha bukan i yang penakut okay, tapi dua dua.


selain itu, i juga banyak tolong mama. ini tolong mama marking paper. seronok juga jadi cikgu kan, teringin sangat nak jadi pendidik. i ada juga minta dengan mama untuk jadi cikgu ganti di sekolah mama. tapi better i stay home tolong mama buat kerja lagi bagus dan i selalu tolong adik i buat kerja dia terutamanya kerja seni dia. adik-adik i dah lah dua-dua ada big exam coming up, seorang UPSR, seorang lagi SPM. wah good luck brothers, i'm always here to help both of you. bila tengok adik i yang SPM itu buat kerja lukisan kerjuruteraan rasa macam rindunyaaa. 


i baru sahaja baik dari demam. mula-mula i sakit tekak then the next day, i woke up and the first word that came out from my mouth was 'i feel like s***'. i cakap dekat kakak i and terus dia buat muka. then the whole day i lay in bed demam like panas sangat. selsema sampai sekarang tak hilang lagi tapi tak teruk dah. cuma hingus i macam Play-Doh pekat tuuu eee yuck haha. that day memang i baring je sepanjang hari, family semua treat i baik je that day alahai. papa mama pun banyak kali jenguk, rasa temperature badan i. mereka ajak ke klinik but i cakap malas sebab actually i tak boleh nak berdiri. that evening papa bawa balik bubur McD dan papa dah beli ubat untuk i. aww thank you daddy. and guess what, i makan ubat petang, so malam itu i dah boleh bangun! yay! terus i turun bawah pergi dapur dan makan. banyak. lapar okay, even makan tak ada deria rasa tapi i nak juga makan. orang demam selalu turun berat badan kan, tapi kali ni i demam berat naik sampai 52kg dari 49kg sekarang omg kena turunkan balik ni haha. so atas itu gambar adik i masa di klinik, i teman dia ke klinik sebab demam dia lagi lama pula dari i. berjangkit dah adik i yang last ni, i'm sorry baby.

arrivederci~

8 comments:

Hiumaira Fauzei said...

A thumbs up post . Love your header !

erawr said...

thank you so much. :) hehe

Anonymous said...

lawa :)

UP

erawr said...

thank you. apa yang 'UP'? :D

Anonymous said...

Boleh buat daily face care tak? Oh and ur simplest make up too. U guna foundation apa ya? Thanks in advance.

erawr said...

Sure, i'll do it for ya. :) daily face care and simplest makeup. I guna foundation essence. really good, sesuai dengan kulit i.

Luqman Hakim said...

simply majestic, congrats dah abis blaja

erawr said...

thank you so much. :)