Sunday, August 16, 2015

Kain Kain Bunga Bunga

Assalamualaikum. Hi blog! Lama dah tak update. Okay i nak kembali aktif blogging. So it starts here! Awal minggu pergi cari kain. Pergi Nagoya di Plaza Alam Sentral, Shah Alam je. Dekat dan tak berapa nak sibuk. I aim untuk cari kain lace dan chiffon. 



Kain lace yang dipilih. I nak baju tunang i warna biru. Kind of pastel or frozen blue. Soft lah kiranya. And i jenis tak suka glitters bling-bling lip lap lip lap sangat. So i pilih lace kosong. Thank God mama pun berkenan.



Chiffon pula pilih yang warna soft.



Kain yang sudah dibeli. Lace 1.5 meter, chiffon 4 meter, untuk nak buat long dress. Hari sabtu pula, semalam, pergi Nilai 3 untuk mencari door gift dan untuk tempah baju tunang, dekat-dekat situ juga.

Majlis pertunangan i akan buat sekali dengan aqiqah anak buah i, Aqil. OH! i haven't told you that my sister had a baby already kan. Nanti lah next post quick update. Sorry blog, lama i tinggal you. Berdebu. So, where was i... Oh so pagi adalah majlis aqiqah, petang pula pertunangan. Busy day lah nanti.

Semalam semua keluar ikut ke Nilai 3. Papa, mama, kaklong, abg syabil, aizad dan juga baby aqil. Sebab kaklong pun nak cari door gift untuk aqil. Dekat sana, jumpa mak anjang sekali. Untuk i punya door gift (kalau boleh i malas nak buat door gift, tapi mama insist haha lol ok ma), i re-use/recycle/guna balik kaklong punya lebihan door gift masa wedding. Mama suggested that and i selagi boleh cut cost, selagi tu lah i setuju. Tapi nak replace ribbon with bunga (biar nampak lain sikit, kata mama) dan candy dalam bekas tu dah expired, jadi kena replace juga.








Iolls rambang mata okays uolls. So many pretty flower ohmai nak bawa balik semua letak dalam bilik pula rasa. Nilai 3 kan banyak sangat kedai kan, mula mula pergi kedai lain. Best choice of bunga is RM1.10/piece. Mama nak beli dalam 150. Jadi mahal lah RmM1.10 just for a bunga. I nak tengok kedai lain. Haa alhamdulillah rezeki jumpa bunga biru comel, ada offer setengah harga lagi, RM0.30/piece. Pama suruh ambil satu kotak, ada 200 pieces. Nak buat apa lah banyak-banyak.

Aaand dekat Nilai 3, selain bunga 30 sen, ada juga beli bekas untuk letak cincin Iqbal dan sedikit hadiah untuk mereka dari masjid untuk marhaban. Keluarga i nak bagi juga cincin tunang untuk Iq, jadi mama suruh pilih bekas. Mama nak bekas kaca, macam kaklong dulu. I tengok harga RM75, RM60, RM50. Fuh. Disebabkan tunang ni pama yang tanggung sepenuhnya, saya rasa segan silu nak pilih mahal-mahal. I pilih yang below RM30. Tapi cantik, serious. 

Selepas dah beli barang-barang, makan tengah hari, dah terus pergi tailor untuk tempah baju i bersama ayah anjang dan family. I dah save gambar as how i want it to look like. Tapi tailor tu cakap dia tak ada patung dan design terlalu complicated, dia tak berani nak buat. Okay, masa itu juga i google cari design lain. Tapi nak juga ada lace. Found the one, bahagian atas ayah anjang suggest design. Lengan tiga suku. All good, but then sedar yang i lupa nak beli kain lining haha sedih. Nasib baik ayah anjang and mak anjang boleh tolong belikan dan hantar ke tailor, sebab rumah mereka dekat.


Harga kain: RM87.50
Harga bunga untuk door gift: RM56.60
Harga bekas kaca untuk cincin: RM26.42
Total: RM170.52

I owe pama big time. Will come up with the total cost of pertunangan. Harga upah jahit dan kain lining belum termasuk. Candy belum beli. Barang hantaran untuk Iqbal banyak lagi yang tak complete. Oh god a have less than a month! Tapi pelamin dah book. Pelamin sekali dengan pelamin aqiqah. Replace cradle with kerusi je nanti. Bekas hantaran dah book, dari orang yang sama. Catering pun mama dah book.

May Allah ease everything.

Arrivederci~

4 comments:

Aida Haliena said...

Eeii excitednya nk tgk kakira pkai baju tunang :') semoga semua berjalan dgn lancar okay kakira? loveyouu

erawr said...

Awww adik, hope you can come. love you! muah muah

people talk said...

Salam...nk tny yg lace awak wrna biru tu ada warna putih x kat nagoya?he3....congrats on ur engagement!

erawr said...

wsalam. yg pattern mcm i beli tak ada. tapi lace pattern lain ada rasanya. kalau tk ad dkt plaza alam sentral, try tengok dekat sacc (gulatis) or seksyen 7 (jackel & gulatis). :D