Sunday, September 6, 2015

One More Week

Assalamulaikum. Hi blog! Been quite busy. Cakap nak quick update kan, tapi tak sempat juga. On 1st september, i mula kerja. I dah habis degree and this is my first job! Well first real job lah kiranya. Itu yang sedikit busy.

Sebelum mula kerja, i dah settlekan door gift, in one day! Kan i cakap yang nak recycle kaklong's wedding punya door gift kan. Cuma tukar candy je. And we bought jelly beans at checkers. Beli dua kotak, satu kotak ada 30 packet. Tapi i tak ingat berapa ringgit per packet. Max RM5. Beli banyak dapat kurang sikit harga. Beli 60 packet, tapi 1/3 from it digunakan untuk door gift aqiqah.



Before and after transformation. Kalau siapa yang pergi wedding kaklong, mesti kenal kan yang kiri tu. Tukar ribbon dan candy sahaja. Haha recycle!

Majlis pertunangan tinggal lagi satu minggu. Hari ini pergi ambil baju dekat tailor di putrajaya, then pergi hantar barang untuk hantaran di kajang. Sebab bekas hantaran i sewa. Family iqbal bagi 5, jadi kami balas 7. 

1. Cincin + Potpuri
2. Sirih junjung
3. Kasut
4. Set perfume
5. Songkek
6. Kain putih (untuk nikah)
7. Cake


Papa mama nak bagi cincin juga dekat iqbal, jadi satu dulang untuk cincin dan juga potpuri. Biasanya orang letak bunga rampai, tapi mama nak senang beli potpuri je dekat memory lane haha.

Sirih junjung, TimurJauh buat kan, sebab i sewa bekas dengan mereka. Pelamin pun dengan mereka.

Kasut dan set perfume dah pergi beli dengan iqbal. Sale everywhere. Alhamdulillah. Gambar masa tengah mencuba kasut sini sana. Tapi banyak tak ada stock. Last last dapat juga, dekat parkson.




Songkek dan juga cincin, papa mama beli masa mereka balik kampung. Dah lama dah, i tak ingat bila. I tak ikut balik Terengganu sebab masa tu tengah banyak assignment + presentation.

Kain putih pama baru beli semalam di gulatis. I tak ikut sebab pagi i kerja, then keluar ngedate (hihi). Pama plan nak pergi malam. Tapi balik balik pama cakap pama dah beli.

Cake, the only thing yang belum settle. Dah pergi dekat TimurJauh tadi, tengok bekas. Max 6 inch. Wondermilk punya cake just nice kata mereka. But wanna try to ask a friend first.



Now, lets keep track on the cost shall we. 

Previous sub-total: RM170.52
1. Cincin: RM635.00
Potpuri dan wangian: RM45.90
RM18.00
3. Kasut: RM219.50
4. Set perfume: RM52.90
5. Songkek: RM700.00
6. Kain: RM200.00
Upah jahit baju saya: RM280.00
Jelly beans (assumed): RM192.00
Pelamin: RM1,700.00
Sewa bekas hantaran: RM490.00
Total: RM4,703.82


*Telan air-liur* Belum termasuk catering. But pelamin and catering kongsi, sekali dengan aqiqah. Untuk aqiqah guna pelamin yang sama dengan tunang. Makan pun sama. Punya lah plan nak jimat cost on this and that. But bila pama yang decide, i have to follow. I really owe them a lot. Kebanyakkan kedai, service, mereka pilih yang dah pernah pergi. Dah berpengalaman masa kaklong dulu, so they know which one they are satisfied with.

Arrivederci~

No comments: