Showing posts with label Engagement Preparation. Show all posts
Showing posts with label Engagement Preparation. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Final preparation for engagement

Assalamualaikum. Majlis pertunangaan + aqiqah dah lepas, which is a week ago. Tapi tak sempat nak update. So this is an update of our final preparation. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.




Barang-barang hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dari kiri, siri junjung (belum disusun masa ni), kasut, cake (belum diletak), set perfume, kain putih, cicin + bunga rampai dan songkek.



Sebelum ini mama nak letak cincin dan potpuri, dah beli dah pun. Mama beli potpuri dalam bekas macam vase warna cream (sort of), ingat banyak. Dah beli dua bekas dah pun. RUPA-RUPANYA, potpuri belah atas sahaja, dekat bawah letak polystyrene. Jadi, kembali kepada plan asal, letak bunga rampai.



Baju tunang i. Ayah anjang tambah manik (mana yang sempat katanya), but its very beautiful enough.


Untuk aqiqah. Mangkuk untuk air, dan tiga bekas kaca untuk madu, kurma dan air zam zam.


Bunga telur warna biru, door gift kaca, teddy with jelly beans dan kipas. Some of the items yang mama masukkan dalam beg kertas untuk diberi kepada kumpulan marhaban. Nasi kunyit dan kain batik juga disumbat dalam beg kertas.



In this beg, we prepared for 21, but 28 showed up. Nasib baik jumpa juga benda-benda seakan untuk diberi.

Letter of invitation for our neighbours. Alhamdulillah semua jiran hadir.


Dah siap alih meja, kerusi dan sofa awal-awal.



Setting up.



Dah malam...



I loike panorama hihi.




Setting up pelamin.


Timelapse video of the setting up.



That morning. :)


Final costing.

Previous total: RM4,703.82
Catering: RM4,080.00
Canopy, chair, table and buffet station: RM1,890.00
Make-up + photographer + videographer (approximately): RM1,250.00
Total: RM11,923.82

K, kahwin terus pun tak apa sebenarnya. Hahaha. Tapi banyak yang sekali dengan aqiqah, so its not all on pertunangan. But hm, lima bulan gaji pun belum cukup kalau nak bayar sendiri. I owe my parents like a LOT.

Alhamdulillah, never thought i get to say this but, I HAVE A VERY HANDSOME ADORABLE FIANCE! ♥

Arrivederci~

Sunday, September 6, 2015

One More Week

Assalamulaikum. Hi blog! Been quite busy. Cakap nak quick update kan, tapi tak sempat juga. On 1st september, i mula kerja. I dah habis degree and this is my first job! Well first real job lah kiranya. Itu yang sedikit busy.

Sebelum mula kerja, i dah settlekan door gift, in one day! Kan i cakap yang nak recycle kaklong's wedding punya door gift kan. Cuma tukar candy je. And we bought jelly beans at checkers. Beli dua kotak, satu kotak ada 30 packet. Tapi i tak ingat berapa ringgit per packet. Max RM5. Beli banyak dapat kurang sikit harga. Beli 60 packet, tapi 1/3 from it digunakan untuk door gift aqiqah.



Before and after transformation. Kalau siapa yang pergi wedding kaklong, mesti kenal kan yang kiri tu. Tukar ribbon dan candy sahaja. Haha recycle!

Majlis pertunangan tinggal lagi satu minggu. Hari ini pergi ambil baju dekat tailor di putrajaya, then pergi hantar barang untuk hantaran di kajang. Sebab bekas hantaran i sewa. Family iqbal bagi 5, jadi kami balas 7. 

1. Cincin + Potpuri
2. Sirih junjung
3. Kasut
4. Set perfume
5. Songkek
6. Kain putih (untuk nikah)
7. Cake


Papa mama nak bagi cincin juga dekat iqbal, jadi satu dulang untuk cincin dan juga potpuri. Biasanya orang letak bunga rampai, tapi mama nak senang beli potpuri je dekat memory lane haha.

Sirih junjung, TimurJauh buat kan, sebab i sewa bekas dengan mereka. Pelamin pun dengan mereka.

Kasut dan set perfume dah pergi beli dengan iqbal. Sale everywhere. Alhamdulillah. Gambar masa tengah mencuba kasut sini sana. Tapi banyak tak ada stock. Last last dapat juga, dekat parkson.




Songkek dan juga cincin, papa mama beli masa mereka balik kampung. Dah lama dah, i tak ingat bila. I tak ikut balik Terengganu sebab masa tu tengah banyak assignment + presentation.

Kain putih pama baru beli semalam di gulatis. I tak ikut sebab pagi i kerja, then keluar ngedate (hihi). Pama plan nak pergi malam. Tapi balik balik pama cakap pama dah beli.

Cake, the only thing yang belum settle. Dah pergi dekat TimurJauh tadi, tengok bekas. Max 6 inch. Wondermilk punya cake just nice kata mereka. But wanna try to ask a friend first.



Now, lets keep track on the cost shall we. 

Previous sub-total: RM170.52
1. Cincin: RM635.00
Potpuri dan wangian: RM45.90
RM18.00
3. Kasut: RM219.50
4. Set perfume: RM52.90
5. Songkek: RM700.00
6. Kain: RM200.00
Upah jahit baju saya: RM280.00
Jelly beans (assumed): RM192.00
Pelamin: RM1,700.00
Sewa bekas hantaran: RM490.00
Total: RM4,703.82


*Telan air-liur* Belum termasuk catering. But pelamin and catering kongsi, sekali dengan aqiqah. Untuk aqiqah guna pelamin yang sama dengan tunang. Makan pun sama. Punya lah plan nak jimat cost on this and that. But bila pama yang decide, i have to follow. I really owe them a lot. Kebanyakkan kedai, service, mereka pilih yang dah pernah pergi. Dah berpengalaman masa kaklong dulu, so they know which one they are satisfied with.

Arrivederci~

Sunday, August 16, 2015

Kain Kain Bunga Bunga

Assalamualaikum. Hi blog! Lama dah tak update. Okay i nak kembali aktif blogging. So it starts here! Awal minggu pergi cari kain. Pergi Nagoya di Plaza Alam Sentral, Shah Alam je. Dekat dan tak berapa nak sibuk. I aim untuk cari kain lace dan chiffon. 



Kain lace yang dipilih. I nak baju tunang i warna biru. Kind of pastel or frozen blue. Soft lah kiranya. And i jenis tak suka glitters bling-bling lip lap lip lap sangat. So i pilih lace kosong. Thank God mama pun berkenan.



Chiffon pula pilih yang warna soft.



Kain yang sudah dibeli. Lace 1.5 meter, chiffon 4 meter, untuk nak buat long dress. Hari sabtu pula, semalam, pergi Nilai 3 untuk mencari door gift dan untuk tempah baju tunang, dekat-dekat situ juga.

Majlis pertunangan i akan buat sekali dengan aqiqah anak buah i, Aqil. OH! i haven't told you that my sister had a baby already kan. Nanti lah next post quick update. Sorry blog, lama i tinggal you. Berdebu. So, where was i... Oh so pagi adalah majlis aqiqah, petang pula pertunangan. Busy day lah nanti.

Semalam semua keluar ikut ke Nilai 3. Papa, mama, kaklong, abg syabil, aizad dan juga baby aqil. Sebab kaklong pun nak cari door gift untuk aqil. Dekat sana, jumpa mak anjang sekali. Untuk i punya door gift (kalau boleh i malas nak buat door gift, tapi mama insist haha lol ok ma), i re-use/recycle/guna balik kaklong punya lebihan door gift masa wedding. Mama suggested that and i selagi boleh cut cost, selagi tu lah i setuju. Tapi nak replace ribbon with bunga (biar nampak lain sikit, kata mama) dan candy dalam bekas tu dah expired, jadi kena replace juga.








Iolls rambang mata okays uolls. So many pretty flower ohmai nak bawa balik semua letak dalam bilik pula rasa. Nilai 3 kan banyak sangat kedai kan, mula mula pergi kedai lain. Best choice of bunga is RM1.10/piece. Mama nak beli dalam 150. Jadi mahal lah RmM1.10 just for a bunga. I nak tengok kedai lain. Haa alhamdulillah rezeki jumpa bunga biru comel, ada offer setengah harga lagi, RM0.30/piece. Pama suruh ambil satu kotak, ada 200 pieces. Nak buat apa lah banyak-banyak.

Aaand dekat Nilai 3, selain bunga 30 sen, ada juga beli bekas untuk letak cincin Iqbal dan sedikit hadiah untuk mereka dari masjid untuk marhaban. Keluarga i nak bagi juga cincin tunang untuk Iq, jadi mama suruh pilih bekas. Mama nak bekas kaca, macam kaklong dulu. I tengok harga RM75, RM60, RM50. Fuh. Disebabkan tunang ni pama yang tanggung sepenuhnya, saya rasa segan silu nak pilih mahal-mahal. I pilih yang below RM30. Tapi cantik, serious. 

Selepas dah beli barang-barang, makan tengah hari, dah terus pergi tailor untuk tempah baju i bersama ayah anjang dan family. I dah save gambar as how i want it to look like. Tapi tailor tu cakap dia tak ada patung dan design terlalu complicated, dia tak berani nak buat. Okay, masa itu juga i google cari design lain. Tapi nak juga ada lace. Found the one, bahagian atas ayah anjang suggest design. Lengan tiga suku. All good, but then sedar yang i lupa nak beli kain lining haha sedih. Nasib baik ayah anjang and mak anjang boleh tolong belikan dan hantar ke tailor, sebab rumah mereka dekat.


Harga kain: RM87.50
Harga bunga untuk door gift: RM56.60
Harga bekas kaca untuk cincin: RM26.42
Total: RM170.52

I owe pama big time. Will come up with the total cost of pertunangan. Harga upah jahit dan kain lining belum termasuk. Candy belum beli. Barang hantaran untuk Iqbal banyak lagi yang tak complete. Oh god a have less than a month! Tapi pelamin dah book. Pelamin sekali dengan pelamin aqiqah. Replace cradle with kerusi je nanti. Bekas hantaran dah book, dari orang yang sama. Catering pun mama dah book.

May Allah ease everything.

Arrivederci~